Welcome to

Jangan jadi "Seperti Katak Ditimpa Kemarau"

Untuk menghantar komen, berita dan melihat artikel tertentu sila DAFTAR


"If You Love Your Country, Be Brave..."

Empayar Agung Rome hancur dan musnah kerana mereka hendak mempertahankan pemimpin mereka.....


KRITIKAL bukan bererti MENENTANG
Selamatkan Negaraku Malaysia dari tangan mereka itu


 

Bismillahirrahmanirrahim.

Wassalatu wassalamu ala rasulillahi ajma in.
Ya Rabb, Syifa tu bi iz nillah!
Sihatkanlah hambamu Mahathir Mohamad dari keadaan nya sekarang
jika ianya ada keredhaan dari mu Ya Rahman.
Amin Ya Rabbal Alamin.


"Mereka boleh memilih untuk menggerakkan seluruh jentera media, pemimpin dan para sultan untuk menyerang Mahathir, namun melihat liku-liku perjalanan hidup insan bernama Dr. Mahathir hanya ada dua perkara dapat menutup mulutnya; sama ada kerajaan membetulkan kembali apa yang salah atau mengharapkan beliau ke liang lahad secepat mungkin."

Pilihan ditangan Abdullah Badawi dan takdir Allah.







Mengapa ada orang yang MELENTING
Apa yang ditulis disini mungin ditulis didalam blog lain dan ada yang diambil dari blog kawan-kawan yang lain.

Kalau tidak aku.. orang lain akan menulis mengenai sesuatu isu.. apakah kita menjadi pembaca kemudian merungut dan melenting..

Itu sahaja kemampuan yang ada.
Tidak perlu menjadi bloggers untuk menjawab persoalan, kalau kita ada fakta berikan komen. Pembaca boleh menilai.

Sekarang bukan masa untuk mengampu tetapi masa memperbaiki kelemahan parti.

Mereka yang ikhlas dalam perjuangan menyelamatkan parti akan dpinggirkan oleh orang-orang yang berkepentingan.

Jangan tunduk kepada golongan tersebut. Teruskan usaha.

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT


Zionis menyokong Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Malaysia Akan Datang?



Zionis menyokong Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Malaysia Akan Datang?

Terjemahan rencana oleh Shani Ross, Kordinator bagi Program Eksekutif & Persidangan

di Institute Antarabangsa Anti Pengganasan (ICT), Pusat Antara Disiplin Herzliya,

Israel (International Institute for Counter-Terrorism (ICT), Interdisciplinary Centre).
- Diterbitkan dalam akhbar Israel, Jerusalem Post pada Mac 20, 2008




Pengakuan Lokman


Pelan kuasa Abdullah-Najib perlu dipercepat Disember ini
Posted by kamaluddin on Tuesday, July 22, 2008 @ 07:33:37 EDT (57 reads)
 

KUANTAN: Selepas lebih 10 hari tarikh kuat kuasa pelan peralihan kepimpinan Umno-BN diumumkan, hari ini Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Faisal Abdullah mahu peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipercepatkan selewat-lewatnya Disember ini.

Baca seterusnya... | Ulasan?
Dr. Mahathir ulas impak debat minyak, dakwaan liwat dihadapi Anwar
Posted by kamaluddin on Friday, July 18, 2008 @ 04:43:21 EDT (23 reads)
 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulas debat kenaikan harga minyak Selasa lalu dan isu dakwaan meliwat terbaru dihadapi bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi tulisan terbaru blognya.

Mengenai debat, Dr. Mahathir berkata, forum tersebut yang diambil bahagian oleh Anwar dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad  Shabery Cheek bukan satu pertandingan yang adil.

"Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan dalam keadaan tertekan.

"Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar," kata beliau.

Forum debat itu dianjurkan oleg Agendadaily menyentuh isu kenaikan harga minyak dan kali pertama menyaksikan kemunculan Anwar dalam siaran langsung televisyen selepas dipecat Dr. Mahathir pada September 1998.

Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998.

Selepas dipecat daripada Umno dan kerajaan, Anwar berhadapan dengan dakwaan salah guna kuasa dan liwat.

Beliau menjalani hukuman kerana sabit kesalahan salah guna kuasa dan mahkamah membebaskan beliau daripada tuduhan liwat empat tahun yang lalu.

Dr. Mahathir mengulangi bahawa Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya.

"Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terhadap Anwar kali ini adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri.

"Pada masa lalu saya adalah sasaran utama. (Perdana Menteri) Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) telah menafikan pembabitannya kali ini tetapi media Barat dan teman-teman Anwar dari Amerika tidak dapat diyakinkan dan akan terus mengaitkan Abdullah," katanya lagi.

Beliau juga menyentuh tentang elemen konspirasi taktik yang diperkatakan oleh banyak pihak dalam dakwaan liwat ini.

"Tetapi, adakah kerajaan sekarang sebegitu bodoh dan tidak mempunyai daya imaginasi untuk menggunakan "taktik" yang sama terutamanya memandang kepada sikapnya yang kritikal terhadap Kerajaan dahulu?

"Pastinya ia mampu untuk menggunakan cerita lain yang lebih meyakinkan jika ia memang merancang ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Ada kebarangkalian bahawa ceritanya sama kerana ia benar," sentuh beliau dalam tulisannya.

Katanya, adalah mustahil kemungkinan pihak yang membuat laporan kali ini seorang yang cuba meniru.

"Agak mustahil. Tidak ramai yang sanggup kehadapan dan mengumumkan sesuatu yang amat mengaibkan seperti kena liwat.

"Sebenarnya, dalam peristiwa yang lalu, sekurang-kurangnya dua orang menemui saya dan membuat pengakuan mereka telah diliwat oleh Anwar.

"Tetapi mereka tidak sanggup membuat lapuran ataupun menjadi saksi di mahkamah. Bagaimanapun, seorang dari mereka telah pergi menemui Imam Masjid Negara (sekarang ini ahli parliamen PAS) untuk mendapatkan nasihat dari sudut agama," tambah Dr. Mahathir.

Bekas Presiden Umno itu juga menyentuh saranan dan syor supaya si menuduh dan kena tuduh supaya bersumpah.

Kata Dr. Mahathir, menimbulkan isu "qazaf" hanyalah bertujuan untuk megalihkan tumpuan.

"Ia satu ugutan terhadap sipenuduh iaitu jika dia tidak dapat mengemukakan saksi-saksi dianya akan dituduh melakukan fitnah dan akan dihukum sebat.

"Dalam al-Quran terdapat banyak penekanan terhadap keadilan. Berulang kali (sekurang-kurangnya 43 ayat) didalam Quran menyeru "bila kamu menghukum, hukumlah dengan adil"," kata beliau.

Justeru menurut beliau, Syariah bukanlah sekadar proses membuat penghakiman dan menjatuhkan hukuman.

"Undang-undang Syariah bertujuan untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Akan menjadi satu ketidakadilan jika orang yang menjadi mangsa dihukum (kerana gagal mengemukakan empat orang saksi) manakala orang yang melakukan penganiayaan lepas bebas.

"Ini adalah satu ketidakadilan yang ketara. Pastinya tidak mungkin undang-undang Islam mengabaikan keadilan dan cuma tumpu kepada perbicaraan dan hukuman," jelas beliau.

Katanya, amat jelas al-Quran menerima bukti-bukti bersandarkan kepada keadaan walaupun tidak disokong oleh saksi-saksi.
Ini kerana katanya, Islam meletakkan nilai yang tinggi kepada keadilan dan proses yang diambil dalam membuat sesuatu penghakiman adalah untuk memastikan keadilan tercapai, yang tidak boleh disalahgunakan dan diperalatkan untuk menyekat keadilan.

"Kerana itu Anwar tidak harus mengelakkan diri dari diadili dengan menimbulkan soal qazaf.

"Dia mungkin boleh mencuba melakukannya dengan undang-undang buatan manusia tetapi dia tidak harus menggunakan hukum Allah untuk mencapai ketidakadilan. Ia melanggar lunas Islam dan ini adalah berdosa," katanya

Ulasan?
Anwar enggan beri DNA bimbang dimanipulasi - Peguam
Posted by kamaluddin on Thursday, July 17, 2008 @ 00:20:02 EDT (23 reads)
 

Alasan demi alasan diberi bagi mengganggu siasatan. Begitulah sikap sebenar seorang yang terasa bersalah.

Aku masih tidak faham mengapa mereka yang diatas pagar masih percayakan Anwar Ibrahim bukan peliwat. Bagi mereka yang memang penyokong tegar, aku memang faham kalau mereka terus mempertahankan Anwar AlJuburi.

Dijauhkan Allah, negara ini ditadbir oleh mereka yang berminat kepada seks sonsang. Aku tidak mahu kerana pemimpin, semua rakyat menerima laknat Allah.

KUALA LUMPUR, 17 Julai  -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana beliau khuatir ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa, kata peguamnya Sankara N. Nair.

Katanya mereka bimbang DNA akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 juga terlibat dalam siasatan kali ini.

"Lagipun DNA (Anwar) telah diambil masa kes dahulu (1998), kenapa perlu ambil lagi," kata Nair.

Anwar, yang ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 tengah hari semalam, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.

Semalam, Anwar menolak permohonan polis untuk mendapatkan sampel DNA secara sukarela. Polis juga gagal mendapatkan kebenaran beliau untuk mengadakan pemeriksaan perubatan penuh terhadapnya semasa berada di HKL.

Bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lepas. Anwar telah memfailkan saman mendakwa Mohd Saiful membuat laporan palsu.

Ulasan?
Anwar Enggan Beri Sampel DNA
Posted by kamaluddin on Wednesday, July 16, 2008 @ 13:25:54 EDT (28 reads)
 

KUALA LUMPUR, 17 Julai -- Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan bekerjasama dalam siasatan tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan apabila menolak permohonan polis untuk mendapatkan sampel DNA secara sukarela.

Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata polis juga gagal mendapatkan kebenaran Penasihat Parti Keadilan rakyat itu untuk mengadakan pemeriksaan perubatan penuh terhadapnya semasa berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Rabu malam.

"Datuk Seri Anwar menolak kedua-dua permohonan itu. Tiada sampel DNA diambil malam ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur selepas mengiringi Anwar dari HKL.

Berikutan itu, Anwar, 61, diiringi semula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada pukul 10.34 malam selepas berada selama dua jam di hospital itu.

Sivarasa berkata Anwar hanya menjalani ujian perubatan asas semasa di HKL.

Sivarasa berkata polis juga menolak permohonan keluarga Anwar untuk membebaskannya dan ekoran itu Anwar dijangka terus ditahan dan bermalam di IPKKL.

Beliau berkata Anwar sehingga ini telah memberikan keterangan kepada polis selama lima jam.

Katanya polis akan menyambung mengambil keterangan daripada Anwar bermula pukul 7.30 pagi hari Khamis sehingga pukul 1 petang.

Bernama difahamkan, sekiranya perlu Anwar akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari Khamis untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan polis meneruskan siasatan dan mendapatkan keterangan beliau berhubung kes liwat itu.

Sementara itu, kira-kira 500 penyokong Anwar masih berkumpul berhampiran IPKKL dengan harapan untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung penahanannya.

Polis yang mengawal ketat kawasan itu masih menutup laluan Jalan Hang Tuah kepada semua kenderaan sebagai langkah keselamatan.

Di PETALING JAYA, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussein Ali menyeru semua anggota parti supaya bertenang berikutan dengan penahanan Anwar.

"Saya mahu penyokong dan anggota PKR bertenang dan tidak melakukan perbuatan yang membawa kepada ketidak stabilan politik ," katanya pada persidangan di Ibu pejabat PKR di sini.
Ulasan?
Kenyataan penuh polis mengenai tangkapan Anwar Ibrahim
Posted by kamaluddin on Wednesday, July 16, 2008 @ 11:44:06 EDT (23 reads)
 

16/07/2008 9:07pm


Berikut adalah kenyataan akhbar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin mengenai penahanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1. Untuk memastikan sesuatu tindakan berjaya diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), PDRM memerlukan perancangan yang teratur dan sempurna.

2. PDRM mengambil kira dari sudut keselamatan operasi yang dijalankan, sama ada terhadap keselamatan pegawai/anggota polis yang menjalankan tugas atau kepada individu yang diambil tindakan.

3. Keselamatan adalah perkara yang paling utama dalam sesuatu operasi yang dijalankan. PDRM mempunyai peraturan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawab kepada polis. Tindakan ini adalah selari dengan garis panduan yang sedia ada.

4. Dalam melaksanakan tangkapan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah secara profesional berdasarkan kepada keperluan ini. Bagaimanapun, tangkapan dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas Bukit Aman. Tidak berlaku sebarang tindakan yang melanggar garis panduan yang ditetapkan.

5. Pihak polis boleh mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangkap pada 16 Julai 2008 jam 1.00 petang di sekitar Segambut. Pihak PDRM tidak mahu membuat tangkapan di dalam rumah beliau yang boleh menimbulkan kekecohan (commotion), waran tangkap telah disempurnakan ke atas beliau. Ketika ini beliau sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang telah dilaporkan kepada polis oleh seorang pembantu beliau.

6. Beliau juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengan peguam yang dipilihnya sendiri dan peguam beliau berada bersamanya pada waktu ini. Ahli keluarga beliau juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengannya. PDRM ingin memberi kepastian kepada semua yang berkenaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini selamat berada dalam tahanan pihak polis.

Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Polis Diraja Malaysia

Ulasan?
Anwar kembali ke IPKKL selepas jalani ujian DNA
Posted by kamaluddin on Wednesday, July 16, 2008 @ 10:55:46 EDT (24 reads)
 


Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dibawa polis ke Hospital Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR:  Setelah 6 jam disoalsiasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61 diiringi polis dan peguamnya, Sivarasa telah bergerak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan ujian DNA kira-kira pukul 8.35 malam tadi.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah ditahan polis pada jam 1.15 tengahari berhubung dakwaan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Setibanya di HKL pada pukul 8.45 malam ini, beliau ditempatkan di Wad Diraja hospital itu.

Menurut peguamnya, Saiful Izham Ramli, selepas menjalani ujian kesihatan bagi mendapatkan sampel DNA, Anwar akan dibawa kembali ke IPKKL dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam dan diiringi 10 buah kenderaan milik polis.

Anwar yang tidak bergari sempat melambaikan tangan kepada penyokong yang menunggunya di luar.

Selepas dua jam berlalu, kira-kira pukul 10.35 malam, Anwar tiba semula ke IPKKL untuk siasatan lanjut.

Keputusan samada Anwar akan ditahan reman akan diketahui sebentar lagi. Anwar sempat melambai tangan kepada wartawan dan penyokongnya. Anwar sebelum itu menaiki kenderaan empat roda bernombor plat WKP 5641.

Sementara itu, ratusan penyokong Anwar dilihat masih berkumpul sehingga pukul 9.45 malam tadi di Jalan Hang Tuah, di sini berhampiran IPKKL.

Kumpulan 500 anggota polis termasuk FRU dengan dibantu enam buah jentera anti rusuhan dilihat memperketatkan kawalan keselamatan bagi menggelak kumpulan itu yang mula berkumpul sejak 2 petang ini daripada mendekati pintu masuk utama IPKKL.

Setakat ini, polis menahan seorang wanita kerana mencemuh dan mencaci anggota polis yang berkawal.

Polis juga dilihat dapat mengawal keadaan dan tidak mudah bertindak secara emosi walaupun beberapa kali dihasut kumpulan itu.

Selain itu, kira-kira 15 orang penyokong Anwar juga dilihat duduk sebaris di jalan raya itu sebagai tanda sokongan kepada pemimpin PKR itu.

Sebelum itu, Anwar yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan tersebut, ditahan polis tengah hari ini untuk membantu siasatan.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di pekarangan IPK Kuala Lumpur, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap oleh sepasukan polis di kawasan berhampiran dengan rumahnya.

Anwar mula memberikan kenyataan kepada polis mulai pukul 2.30 petang - kira-kira 70 minit selepas dibawa ke IPK Kuala Lumpur.

Beliau dijangka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan DNA.

Kata Sankara polis boleh menasihatkan Anwar menjalani pemeriksaan di hospital tetapi tidak boleh memaksanya membekalkan sampel untuk DNA.

"Beberapa minit sebelum ditangkap, DSP Jude Pereira (pegawai penyiasat) menelefon saya dan mengesahkan tentang kedatangan mereka. Mereka kata hendak datang, tetapi (Anwar) ditahan di kawasan selekoh di Jalan Segambut (berhampiran rumah Anwar)," katanya.

Ulasan?
Dakwaan liwat: Anwar ditahan polis
Posted by kamaluddin on Wednesday, July 16, 2008 @ 02:28:50 EDT (16 reads)
 

Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni media sejurus selepas memberi keterangan di Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya Beliau ditahan polis di rumahnya kemudian, kira-kira sejam sebelum hadir di IPK Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan meliwat, ditahan polis tengah hari ini.

Anwar dibawa ke IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.15 tengah hari.

Beliau ditahan di rumahnya di Segambut dekat sini selepas pulang dari memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya.

Anwar keluar dari pejabat BPR pukul 12.10 tengah hari.

Anwar dibawa dalam kereta polis dengan diiringi kira-kira 15 buah kereta, dipercayai dinaiki anggota polis dan peguamnya.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula tiba dari Parlimen selepas dimaklumkan mengenai tangkapan Anwar.

Beliau disusuli oleh peguam Karpal Singh yang tiba lima minit kemudian.

"Sekarang tidak tahu keadaan lagi. Cara polis (menangkap Anwar) ganas, akan cuiba menjamin beliau secepat mungkin," kata Azizah kepada para pemberita.

BERITA TERDAHULU

Beri keterangan: Anwar selesai di BPR, di IPK KL 2 petang

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin, hadir di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

Beliau tiba di pekarangan Ibu Pejabat BPR pada pukul 10.05 pagi.  Temu janji beliau dengan BPR ialah pukul 10.30 pagi.

Beliau meluangkan kira-kira dua jam untuk memberi keterangan dan akan hadir semula kelak.

Anwar keluar dari pejabat BPR kira-kira 12.10 tengah hari tadi.

Anwar minta proses memberi keterangan ditangguhkan kerana perlu hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pukul 2 petang ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat.

Katanya, "oleh kerana waran tangkap terhadap sudah dikeluarkan, saya perlu berada di IPK Kuala Lumpur di sana dengan segera."

Ketika ditanya mungkin ditahan, Anwar memberitahu, beliau sedia jika ditahan dan BPR boleh mengambil keterangan di lokap."

Anwar diiringi tiga peguamnya termasuk Sankara Nair.

Ulasan?
Usul tak percaya ditolak, wakil pembangkang keluar Dewan
Posted by kamaluddin on Monday, July 14, 2008 @ 04:54:38 EDT (23 reads)
 


DR. WAN AZIZAH Wan Ismail bersama Lim Kit Siang pada sidang media selepas
usul tergempar yang difailkan Khamis ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini


KUALA LUMPUR: Kesemua anggota Parlimen pembangkang iaitu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP hari ini bertindak keluar Dewan apabila usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin, yang menerima permohonan usul itu daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail Khamis lepas berkata, beliau telah memberikan alasan bertulis terhadap penolakan di bawah peraturan 18 (7), walaupun secara asasnya tidak diperlukan untuk membuat penjelasan.

"Speaker tak perlu beri alasan pun tetapi apabila saya tak jawab, seolah-olah saya sembunyikan sesuatu. (Alasan penolakan ialah kerana) Apabila saya baca usul berkenaan ia menyatakan mengambil ketetapan tidak percaya.

"Mengambil ketetapan ini membabitkan pengundian sedangkan 18 (1) dan 18 (2) ialah untuk merunding. Maca mana pulak saya boleh benarkan di bawah 18 (1) dan 18 (2)," katanya ketika memulakan sesi penggulungan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan di sini.

Beliau berkata, alasan lain yang diberikan secara bertulis kepada Dr. Wan Azizah mengenai sebab penolakan itu ialah semua yang hendak dkemukakan dalam Dewan mengikut peraturan mesyuarat itu sudah dikemukakan pada perbahasan usul kenaikan harga minyak tempoh hari.

Anggota Parlimen pembangkang membuat keputusan keluar Dewan selepas Pandikar Amin menyatakan sesiapa juga yang bangun untuk mempertikaikan keputusannya menolak usul berkenaan akan diarah keluar.

"Siapa yang bangun selepas (Anggota Parlimen) Batu (iaitu Tian Chua berhujah) saya akan arah dia keluar (Dewan)," katanya.

Ketika keadaan semakin hangat dengan penyokong kerajaan dan pembangkang bertikam lidah termasuk menyindir antara satu sama lain, Dr. Wan Azizah bangun meminta Pandikar Amin mempertimbangkannya semula.

"Kalau boleh timbangkan. Kita terpaksa meninggalkan Dewan. Inilah cara kami (menyuarakan hasrat rakyat)," kata Dr. Wan Azizah.

Selepas Pandikar Amin tidak melayani permohonan itu dan menegaskan bahawa keputusannya adalah muktamad, Dr. Wan Azizah bangun dan keluar dari Dewan dengan diikuti kesemua anggota pembangkang lain.

Khamis lepas parti pembangkang menyerahkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri kepada Pandikar Amin di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Usul itu diserahkan oleh Dr. Wan Azizah Ismail yang mengetuai 14 Anggota Parlimen dari parti pembangkang yang mewakili PKR, PAS dan DAP.

Usul itu adalah di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) yang berbunyi "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kempipinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan."

Ulasan?
Anwar tak muncul, polis timbang tiga tindakan susulan
Posted by kamaluddin on Monday, July 14, 2008 @ 04:50:28 EDT (48 reads)
 

PETALING JAYA: Ekoran kegagalan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung isu liwat, polis mempertimbangkan tiga opsyen tindakan ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Perkara ini diumumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Zinin. Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan tiga opsyen berkenaan.

"Anda fikir sendiri (opsyen)," kata beliau pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur pada pukul 3.30 petang tadi.

Bakri berkata, "Pihak polis telah memberi ruang yang secukupnya untuk Anwar memberi keterangan. Kami menunggu kira-kira 80 minit tetapi beliau tidak muncul sebagaimana yang telah dipersetujui Sabtu lalu."

Pada Sabtu lalu, Anwar telah bersetuju untuk datang ke IPK Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung isu liwat membabitkan bekas pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada bulan lalu.

Baca seterusnya... | Ulasan?
Sah, Pak Lah serah Najib kepimpinan pertengahan 2010
Posted by kamaluddin on Thursday, July 10, 2008 @ 07:18:16 EDT (53 reads)
 

Masa tu negara sudah hancur di tangan Abdullah. Anak dan kroni sudah kaya raya.

Dalam tempoh 2 tahun ini sempatlah keluarga Abdullah mengumpul harta untuk bekalan berpindah ke Australia.

Mengapa menunggu sehigga 2010?
Apa matlamat Abdullah dalam tempoh 2 tahun tersebut? 
Mampukah beliau memperkukuhkan parti, dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat?

Semenjak pilihanraya ke 12, tidak pernah ada perancangan yang mantap dari Abdullah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Sebaliknya sepanjang tempoh tersebut beliau lebih banyak merosakkan dan menambah kebencian rakyat kepada kerajaan.

Apakah tempoh 2 tahun ini akan dipergunakan oleh Abdullah untuk bersenang-senang menggunakan kemdahan kerajaan untuk mencari keseronokan dan masa yang sama memberikan sebanyak peluang kepada keluarga dan kroni mengaut keuntungan.

Apakah beliau memerlukan 2 tahun lagi untuk mencari AlGhazali yang masih belum ditemui.


KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan beliau akan menyerahkan tampuk kepimpinan negara dan parti kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pertengahan 2010.

Perkara ini diumumkan pada majlis Taklimat Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Malah, Abdullah yang mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan pada Oktober 2003 juga mengulangi bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada Disember ini dan mahu Najib kekal sebagai timbalannya.

Kira-kira tiga minggu lalu ketika berada di Kelantan dan Terengganu, Abdullah mengumumkan bahawa beliau telah mencapai kata sepakat dengan Najib berhubung peralihan kuasa dan tarikhnya akan diumumkan kelak.

Abdullah menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad lima tahun lalu dengan Najib menjadi timbalannya.

Kedua-dua mereka menang tanpa bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada 2004.

Majlis Tertinggi (MT) Umno selesai mengadakan mesyuaratnya kira-kira pukul 5.30 petang tadi dan disusuli dengan Taklimat Presiden di Dewan Merdeka.

Taklimat diberikan oleh  Abdullah yang turut mempengerusikan mesyuarat MT lebih dua jam.

Mesyuarat MT dan Taklimat Presiden diadakan kira-kira seminggu menjelang mesyuarat agung tahunan cawangan Umno.

Taklimat Presiden diberikan kepada 191 ketua Umno bahagian.

Baca seterusnya... | Ulasan?
Spesis Anwar Ibrahim?
Posted by kamaluddin on Thursday, July 10, 2008 @ 07:00:03 EDT (51 reads)
 

Korang baca blog 'Hati Seorang Kekasih...'. Aku tetiba rasa mual nak termuntah.

Lihat pada profile mereka, rajin membaca buku agama tetapi melakukan kerja sonsang.

Maka tidak hairan manusia janggut sejemput yang berlagak alim juga berminat kepada perkara yang sama.

Nabi tidak mengaku umat... ingatlah.

Ulasan?
Dr Mahathir declines Kedah adviser post
Posted by kamaluddin on Thursday, July 10, 2008 @ 06:31:08 EDT (25 reads)
 

ALOR STAR: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has turned down an offer to become adviser to the Kedah state government.

Mentri Besar Azizan Abdul Razak said Dr Mahathir declined the offer, saying Umno would never recapture Kedah if he started advising the state.

Azizan said he offered Dr Mahathir the post during a meeting at Dr Mahathir’s residence in Kuala Lumpur recently.

“We want what is best for Kedah. We should put aside our political differences to formulate strategies to ensure Kedahans have a better future,’’ he said.

Azizan said he believed in open policies that transcend political boundaries.

Azizan said Dr Mahathir advised him to continue with what he had done so far.

“I have put a stop to unnecessary draining of state funds.

“I have taken measures to check corrupt practices. We only deal with matters over the table and not under the table,’’ he said.

Azizan, who is also state PAS commissioner, assured supporters that his meeting with Dr Mahathir had nothing to do with politics.

Ulasan?
Snippets - Fitnah internet, SMS perbuatan khianat PM
Posted by kamaluddin on Thursday, July 10, 2008 @ 05:36:53 EDT (15 reads)
 

chedet.com

Kata Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi; "Tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui internet dan SMS untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan adalah perbuatan khianat," - Berita Harian 8 Julai, 2008.

Perdana Menteri mengaskan perbuatan itu jelas melanggar prinsip Rukunegara seperti;

1) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

2) Keluhuran Perlembagaan

3) Kedaulatan Undang-undang

4) Kesopanan dan Kesusilaan

Dimanakah disebut "Kerajaan" dalam Rukunegara? Atau apakah pada pendapat Dato Seri Abdullah Kerajaan adalah sama dengan Raja dan Negara?

Memang dalam sebuah negara demokratik, mengkritik Kerajaan menjadi satu daripada tanggungjawab parti lawan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), bahkan rakyat biasa. Jika ini dianggap fitnah dan pengkhianatan, lebih baik lagi Kerajaan isytihar pemerintahan kuku besi.

Apakah kritikan dalam internet dan SMS (sistem pesanan mesej ringkas) semuanya pembohongan?

Bohongkah Kerajaan Dato Seri Abdullah berdolak-dalik kata sesuatu hari ini, batalkan hari esok?

Bohongkah Kerajaan rugi satu billion Ringgit apabila batalkan projek jambatan, apabila jual M.V. Agusta yang dibeli dengan harga 70 juta Euro (RM300 juta) dijual dengan harga satu Euro (RM4), kenaikan harga minyak dengan mendadak, kenaikan kos untuk bina landasan kembar berelektrik keretapi daripada RM14 bilion dari Johor Baru ke Padang Besar kepada RM12 billion hanya dari Ipoh ke Padang besar, kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 dan lain-lain.

Yang membohong ialah Kerajaan dengan membuat kenyataan segala-galanya baik dalam negara, semua rakyat sokong Kerajaan, parti UMNO sebulat suara hendak Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden dan lain-lain.

Jika pembohongan adalah pengkhianatan, maka yang mengkhianati Negara dan Rakyat ialah Kerajaan dengan pemimpinnya.

Jika rakyat melalui saluran yang tidak dikuasai oleh Kerajaan meminta supaya Dato Seri Abdullah berhenti daripada memimpin Kerajaan, mereka bukan buat fitnah. Sebaliknya mereka setia dan sayang Raja dan Negara dan ingin lihat negara ini tidak dibelenggu oleh Kerajaan pimpinan orang yang tidak sedikit pun setia kepada negara, hanya setia kepada diri sendiri dan keluarga.
Ulasan?
Yang Dipertua buat keputusan usul tidak percaya PM Isnin
Posted by kamaluddin on Thursday, July 10, 2008 @ 05:00:02 EDT (22 reads)
 

10/07/2008 5:07pm

KUALA LUMPUR 10 Julai - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya akan memutuskan sama ada menerima atau menolak usul tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dibuat pakatan pembangkang pada Isnin ini.

Pandikar Amin berkata, beliau mempunyai pilihan untuk menolak usul itu ketika dalam kamarnya atau mengumumkan secara rasmi keputusan menerima atau menolak selepas sesi soal jawab Dewan pada pukul 11.30 pagi.

Jelas beliau, usul itu yang dikemukakan pakatan pembangkang di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) tidak akan melibatkan sebarang pengundian sebaliknya hanya perbahasan dibenarkan.

Ulasan?
Boneka DAP di Perak
Posted by kamaluddin on Thursday, July 10, 2008 @ 04:29:18 EDT (30 reads)
 

Perkataan Allah: Bantahan terhadap pencelah didengar 21 Nov.

KUALA LUMPUR 9 Julai - Gereja Katolik akan mengemukakan bantahan terhadap semua permohonan bagi mendapatkan kebenaran menjadi pencelah dalam kes semakan kehakiman berhubung larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan, Herald-The Catholic Weekly.

Peguam Porres P. Royan yang mewakili gereja tersebut memberitahu demikian kepada pemberita selepas Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Lau Bee Lan hari ini menetapkan 21 November ini untuk mendengar permohonan tersebut.

Tarikh tersebut ditetapkan bagi membolehkan semua pihak yang ingin menjadi pencelah dalam kes itu memfailkan permohonan mereka.

Hakim Bee Lan juga menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik.

Pada prosiding hari ini, mahkamah diberitahu bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) menarik balik permohonannya untuk mendapatkan kebenaran menjadi pencelah dalam kes tersebut.

Peguam Mubashir Mansor yang mewakili MAIAMP memberitahu, beliau diarahkan menarik balik permohonan itu dengan kebebasan memfailkan permohonan baru. Hakim Bee Lan membenarkannya tanpa perintah kos.

Mahkamah juga diberitahu bahawa sebuah lagi majlis agama Islam, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) turut memfailkan permohonan sama pada pagi ini.

Permohonan yang difailkan melalui firma guaman, Tetuan Ikbal Salam & Associates itu turut disertakan dengan afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Datuk Zalil Baron.

Sementara itu, Mubashir memberitahu pemberita di luar mahkamah, MAIAMP akan memfailkan semula permohonannya secepat mungkin.

Berikutan penarikan balik permohonan MAIAMP, setakat ini enam majlis agama Islam telah memfailkan permohonan iaitu MAIJ, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pada 1 Julai lalu, Majlis Gurdwara Malaysia yang mewakili masyarakat Sikh turut memfailkan permohonan sama.

Selain mendapatkan kebenaran menjadi pencelah, kesemua mereka memohon perintah agar dinamakan sebagai responden dalam prosiding semakan kehakiman berkenaan.

Pada 5 Mei lalu, mahkamah tersebut membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan tersebut.

Hakim Bee Lan juga membenarkan Gereja Katolik membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan perisytiharan bahawa larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan tersebut adalah tidak sah dan batal.

Kebenaran yang sama juga diberikan berhubung tuntutan perisytiharan bahawa gereja itu berhak menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan dan perkataan itu tersebut tidak eksklusif kepada agama Islam sahaja.

Dalam permohonan yang difailkan pada 19 Mac lalu, Gereja Katolik selaku pemohon menamakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (kini telah digabungkan dengan portfolio Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menjadi Menteri Dalam Negeri) dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.

Ulasan?
Azizah pula hendak kemuka undi tidak percaya PM di Parlimen petang ini
Posted by kamaluddin on Thursday, July 10, 2008 @ 03:44:58 EDT (20 reads)
 

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijadual membentangkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini. 

Ia akan dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR di bawah usul tergempar di Dewan Rakyat.

Pada waktu yang sama, Majlis Tertinggi (MT) Umno akan mengadakan mesyuaratnya di Menara Dato' Onn di sini.

Dalam pada itu, watawan mStar Online melaporkan dari Parlimen bahawa Dr. Wan Azizah akan mengemukakan usul berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada pukul 3.30 petang.

Perkembangan membawa usul itu merupakan yang kedua dalam tempoh sebulan ini.

Tiga minggu lalu Parti Maju Sabah (SAPP) melahirkan pendirian tidak percaya kepimpinan Abdullah dan memutuskan untuk membawa usul yang serupa pada 23 Jun lalu apabila Dewan Rakyat mula bersidang selepas berehat selama tiga minggu.

Bagaimanapun usul berkenaan tidak menjadi kenyataan dan semalam SAPP mengulangi bahawa usul sedemikian akan diteruskan kelak.

Ulasan?
Mahathir kritik tatkala MT dijadual bincang usul jawatan tidak ditandingi
Posted by kamaluddin on Thursday, July 10, 2008 @ 03:42:40 EDT (22 reads)
 

PETALING JAYA: Beberapa jam sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) dan Taklimat Presiden Umno, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa perjalanan Umno kini telah 'dirampas' daripada matlamat asas penubuhannya oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan keluarganya demi kepentingan mereka.

"Parti yang mereka (pengasas lalu) tubuh sudah dihi-jack oleh Abdullah untuk kepentingan diri dan keluarga sehingga hancur parti dibuatnya," kata beliau dalam blognya hari ini - yang dipos beberapa jam sebelum MT mengadakan pertemuan bermula pukul 3 petang ini.

Dr. Mahathir mengulangi kritikan bahawa "seperti biasa dalam UMNO di bawah pemerintahan Abdullah apabila arahan diberi melarang parti daripada sesuatu tindakan, Presiden anggap dirinya tidak tertakluk kepada arahan ini."

Kata beliau, berkempen untuk pemilihan dalam mesyuarat agung tidak dibenarkan, tetapi Presiden membawa semua pemimpin daripada bahagian untuk diarah supaya tidak mencabar sesiapa selain dirinya sebagai Presiden.

"Gula-gula diberikan kepada (Timbalan Presiden Umno), Datuk Seri Najib bahawa dia juga dikhendaki bebas daripada cabaran untuk Timbalan Presiden.

"Ini ditujukan kepada (Naib Presiden) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin bertanding Timbalan Presiden.

"Jika Muhyiddin bertanding juga maka ini bermakna dia tidak setia kepada parti, pengkhianat, kerana tidak hormat arahan demokratik oleh Presiden," katanya lagi.

Dr. Mahathir menambah, Najib akan dijanji peralihan kuasa akan dibuat pada 2010.

Sebaliknya, kata Dr. Mahathir, sebelum sampai tarikh keramat ini tuduhan akan dilempar terhadapnya supaya beliau ternampak tidak lagi layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Oleh itu, kata beliau, seorang yang dianggap lebih setia kepada Abdullah akan menggantinya.

"Pengganti tidak akan ambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2010 kerana kurang pengalaman. Abdullah akan bermurah hati untuk mengisi jawatan itu hingga pilihan raya uUmum ke-13," katanya dalam nada menyindir.

Oleh itu, kata beliau lagi, jika trend pemikiran rakyat berterusan Barisan Nasional akan kalah dalam pilihan raya umum ini dan Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri.

"Oleh itu tidak adalah jawatan yang hendak dialih kepada pengganti Najib," kata Dr. Mahathir yang mengulangi pendirian yang sama dalam isu ini, yang dilontarkan tiga minggu lalu.

"Pengasas-pengasas UMNO daripada kubur mereka akan kutuk orang yang telah musnahkan parti yang mereka bentuk dan wujud guna untuk menebus maruah orang Melayu dan negara Malaysia," katanya lagi.

Ulasan?
Anwar dakwa 3 orang rancang kes liwat, PM jamin keselamatan
Posted by kamaluddin on Tuesday, July 01, 2008 @ 16:26:17 EDT (155 reads)
 

Kenapa Anwar gelabah berok? Siapa sebenarnya berkonspirasi? Rasa macam ada bau Nuar dan Dollah nak berkonspirasi.

Sudah-sudahlah tu, menipu pun beragak lah. Jangan ingat semua orang BODOH. Jawab segala pertuduhan di mahkamah dan jangan cuba nak 'dvert' dengan cerita konspirasi. Di mahkamah nanti sebut pasal kes jangan bangkitkan isu yang tidak relevan.

Bermula sekarang PKR kembali kepada perjuangan asalnya untuk membela Anwar AlJub. PKR sebenarnya tidak pernah ditubuhkan untuk membela rakyat. Temberang semata-mata.

Kesian budak tu.. dahdi belasah ikut belakang, dihina dan dicaci.

Aku cabar Anwar bersumpah dengan nama Allah bahawa beiau tidak melakukannya dan diturunkan bala sekiranya sumpah 
beliau tidak benar.

BERTAUBAT LAH.... INGAT BALASAN TUHAN...

KEPADA PENGIKUT ANWAR ALJUB, KALAU BETUL-BETUL SAYANGKAN DIA NASIHATKANLAH BELIAU SUPAYA BERTAUBAT DAN JAUHI DIRI DARINYA.

BILA TIADA SOKONGAN DIA AKAN BERHENTI BUAT FITNAH DAN MENERIMA APA SAHAJA HUKUMAN ATAS KESALAHANNYA.

SOKONGAN YANG DITERIMA MEMBUAT BELIAU JADI ANGKUH.

ANWAR Ibrahim dengan ditemani Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana, Petaling Jaya petang tadi. - Lakunan yang tidak lagi boleh diterima ramai.

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga orang yang dikenali Mohd Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam rancangan dakwaan meliwat membabitkan beliau.

"Saya pasti tuduhan ke atas saya mesti dirancang oleh ketiga-tiga karakter ini, bukan orang lain," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor petang tadi.

Pada sidang akhbar itu Anwar juga mendakwa Saiful mempunyai hubungan akrab dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak; isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan pegawai khas Najib, Khairil Anas Yusof. 

Anwar menjelaskan, Saiful bukan bekerja secara tetap dengannya tetapi mula berkhidmat secara sukarela dengan PKR dalam kempen pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Beliau juga berkata peguamnya telah menulis tiga pucuk surat kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan untuk mendapatkan tarikh beliau boleh memberi keterangan untuk membantu siasatan kes terbabit.

"Peguam saya ada berhubung dengan mereka, tapi sampai sekarang mereka belum jawab,"  katanya.

Anwar juga berkata, sebab utama beliau bersembunyi di kediaman Duta Turki, Barlas Ozener, adalah bagi menjaga keselamatannya.

Kedutaan Turki dalam satu kenyataan semalam menjelaskan bahawa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibenarkan berada di kediaman dutanya atas dasar perikemanusiaan semata-mata.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan keselamatan Anwar sentiasa terjamin dan menolak sebarang kemungkinan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu akan dianiaya.

Jaminan itu diberikan oleh Abdullah ketika pertemuan kira-kira 20 minit dengan isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wam Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pejabatnya di bangunan Parlimen berikutan dakwaan Saiful yang mendakwa diliwat majikannya itu.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu Abdullah berkata, kerajaan tidak sekali-kali akan menganiayai atau menzalimi sesiapa atau membuat tuduhan tidak berasas terhadap mana-mana pihak.

Katanya, jaminan kerajaan itu diberikannya kepada Azizah setelah beliau meminta agar kerajaan memastikan nyawa suaminya itu tidak terancam tidak dizalimi.

Abdullah berkata, kerajaan juga akan memastikan bahawa keselamatan orang yang membuat tuduhan terhadap Anwar itu serta yang dituduh sentiasa terjamin.

Mengenai kesangsian yang dilahirkan Azizah terhadap kredibiliti siasatan terhadap suaminya nanti memandangkan dua personaliti yang terlibat dalam siasatan terhadap Anwar 10 tahun lalu iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail akan terlibat dalam siasatan kali ini Abdullah berkata: "Musa dan Gani adalah orang yang profesional dan berkredibiliti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing."

Katanya, walaupun Anwar telah membuat laporan polis terhadap Musa dan Gani, pada peringkat ini masih terlalu awal bagi kerajaan untuk membuat ketetapan mengenai peranan kedua-duanya dalam siasatan kes itu.

Ditanya sama ada kebimbangan Azizah terhadap keselamatan suaminya itu berasas atau sebaliknya, Abdullah berkata, itu hanya perasaan mereka sedangkan pada hakikatnya undang-undang mempunyai peruntukan untuk memastikan keselamatan semua pihak terlibat.

Ditanya sama ada jaminan kerajaan tentang keselamatan Anwar dan mereka yang terlibat dalam kes itu boleh dilihat sebagai campur tangan kerajaan dalam siasatan polis Abdullah menidakkannya.

Jelas beliau, semua yang terlibat adalah mereka yang berpengalaman tinggi dalam tugas mereka dan jaminan yang beliau berikan kepada Azizah adalah sesuatu yang memang diperuntukkan undang-undang.

Mengulas kenyataan pemimpin-pemimpin PKR bahawa mereka mempunyai maklumat yang disampaikan badan perisik sebuah negara jiran tentang usaha membunuh Anwar dan usaha pihak yang tidak dinamakan untuk membawa masuk pembunuh upahan untuk tujuan itu Abdullah berkata:

"Kalau mereka ada apa-apa maklumat tentang ancaman terhadap nyawa Datuk Seri Anwar, mereka perlu lapor kepada polis dengan memberikan maklumat yang tepat. Jangan hanya buat andaian dan cakap-cakap.

"Saya harap tidak ada pihak buat andaian, spekulasi dan lontar tuduhan pada mana-mana pihak. Biarlah siasatan kes ini dijalankan dengan adil."

Ulasan?
Sampai bila lah hendak jadi pelakon terbaik. INSAF lah
Posted by kamaluddin on Tuesday, July 01, 2008 @ 16:08:49 EDT (76 reads)
 


GAMBAR SEKITAR ISU ANWAR IBRAHIM HARI INI
01-07-2008 11:54:16 PM

BERIKUT SENARAI GAMBAR PERGERAKAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM YANG MEMBUAT LAPORAN POLIS DAN MENGADAKAN SIDANG MEDIA DI IBU PEJABAT PKR DI TROPICANA, PETALING JAYA PETANG INI SERTA RAPAT UMUM DI STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM (1 JULAI 2008)


Anwar Ibrahim menunjukkan salinan laporan polis pada sidang media petang tadi. Laporan yang untuk berkonspirasi dan mengalih pandangan daripada kes sebenar MELIWAT

Anwar Ibrahim pada sidang media bersama pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat. 

Anwar Ibrahim bersama isterinya ketika sidang media. . Lakonan yang mungkin mendapat simpati sidungu

Anwar Ibrahim menjawab soalan wartawan. Beliau terdiam sejenak ketika ditanya soalan mengenai ALIBI

Anwar Ibrahim ketika tiba di pekarangan IPK Selangor, Shah Alam petang semalam. 

Arahan melarang wakil Utusan Malaysia daripada membuat liputan sidang media Anwar Ibrahim. 

ANWAR Ibrahim diiringi keluar oleh peguam-peguamnya dari IPK Selangor.

ANWAR Ibrahim menghadiri rapat umum di Stadium Meliwati, Selangor malam tadi.

Ulasan?
Liwat dan Konspirasi
Posted by kamaluddin on Sunday, June 29, 2008 @ 14:15:59 EDT (190 reads)
 

Analisa berita

Anwar Ibrahim sekali lagi diheret dengan masalah salah laku meliwat. Kali ini kerana laporan pembantu beliau sendiri, Saiful Bukhary Azlan. Laporan telah dibuat di Pondok Beat HKL dan pengadu telah menjalani ujian di HKL.
Baca seterusnya... | Ulasan?
Nik Aziz bersetuju dengan perbuatan liwat
Posted by kamaluddin on Sunday, June 29, 2008 @ 03:48:40 EDT (107 reads)
 

29/06/2008 1:41pm
Nik Aziz akui tuduhan terbaru terhadap Anwar jejas pembangkang

KOTA BHARU 29 Jun — Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui tuduhan terbaru terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mencalarkan imej pembangkang dan polis perlu menyiasatnya secara terperinci.

Beliau berkata, tuduhan itu juga boleh dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan seseorang pemimpin parti politik seperti Anwar.

“Iya lah (tuduhan) ini boleh mencalarkan imej (pembangkang) dan saya sebagai ketua kampung (Mursyidul Am Pas) sedih kenapa ada tuduhan seperti ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.
Ulasan?
Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
Posted by kamaluddin on Saturday, June 28, 2008 @ 13:40:30 EDT (142 reads)
 


Gambar pengadu

Mereka dalam keadaan terdesak dan terpaksa menghantar sms kepada pemuja AlJuburi untuk tujuan diversion. Usah lah terpedaya sekali lagi dengan lagak alim AlJuburi. Cukup lah tu.

sms:

"Polis telah menahan pembantu DS Anwar Ibrahim, Saiful Bahari petang ini dan memaksa beliau membuat pengakuan diliwat oleh DSAI. Polis dijangka menangkap DSAI malam ini. Sebarkan"l

Usahah terikut-ikut menyebarkan sms ini kerana tiada faedah malahan mendatangkan dosa bersubahat dengan kemungkaran..

Maka selepas ini berkokok lah mereka mempertahankan AlJuburi dengan hujah menggunakan Ayat Allah dan sembahyang hajat.

Buat masa ini Anwar dipercayai bersembunyi di Kedutaan Turki bagi mengelak ditangkap untuk tujuan soalsiasat.

Anjing kalau dah biasa makan taik, tak dimakan dihidunya juga


Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Baca seterusnya... | Ulasan?
Starbucks dibenar beroperasi di IPTA
Posted by kamaluddin on Wednesday, June 25, 2008 @ 12:41:25 EDT (64 reads)
 

Mengapa lah Menteri tu tak bisik dengan aku pasal kekurangan tu. Kalau aku tahu awal-awal lagi aku buka cafe Tea Akar Rawai.

Untuk penyediaan WiFi bukan masalah besar, kecil saja belanjanya. Bulanan tidak sampai RM250.00 dan infrastruktur dan bayaran pemasangan tidak sam RM1,500.

Haji Samuri Satay pun mampu buka cafe sate dan sediakan WiFi di IPTA.

Mungkin Menteri tu fikir orang melayu tidak tahu mengenai teknologi asas WiFi agaknya.

Selama ini aku fikir IPTA sudah disediakan WiFi sepenuhnya. Di UPSI jaring sediakan secara menyeluruh sehingga ke Kolej kediaman.

Dengan kemunculan teknologi WiMax, Teknologi WiFi telah menjadi murah. IPTA mampu untuk menyediakan kemudahan WiFi secara menyeluruh dengan kos yang lebih rendah sekarang menggunakan WiMaz sebagai backbone.

Starbucks dibenar beroperasi di IPTA

25/06/2008 6:21pm

PUTRAJAYA 25 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada syarikat francais seperti Starbucks, Kopitiam dan Dunkin Donuts membuka premis mereka di pusat pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ulasan?
Kerajaan Nafi Malaysia Hadapi Masalah Polarisasi Kaum Yang Semakin Buruk
Posted by kamaluddin on Wednesday, June 25, 2008 @ 09:08:34 EDT (62 reads)
 

Petang tadi aku terbaca di Bernama Online mengenai perpaduan. Kerajaan menafikan berlaku polarisasi kaum yang terburuk di Malaysia sekarang ini. Isu ini ditimbulkan oleh Lim Kit Siang.
 
Disebabkan saat itu aku sedang bersantai di kedai kopi maka aku tangguhkan untuk memperkatakan mengenainya. Sehinggalah aku terlihat di http://chedet.com yang menulis mengenai soal perpaduan ini. Petang tadi aku dan Che Det mempunyai pemikiran yang sama mungkin .. :)

Bagi aku yang merasai zaman pemerintahan kesemua Perdana Menteri terpaksa mengakui keadaan ini.

Polarisasi ini berlaku kerana pelbagai faktor semasa. Antara yang terpenting ialah kerana ramai dikalangan Ahli politik muda cuba menjadi jaguh. Mereka mula membangkitkan kembali persefahaman antara kaum yang telah di persetujui semasa menuntut kemerdekaan. Bayangkan mereka yang tidak berada dizaman itu dan tidak mahu mengkaji sejarah mula bercakap mengenainya.

Mereka sepatutnya menjadi jaguh dengan merealisasikan persefahaman tersebut atau berusaha untuk mengambil peluang Dasar Ekonomi Baru bukan sekadar bercakap untuk mengapi-apikan.

Perpaduan antara kaum juga boleh dicepatkan sekiranya negara berada didalam keadaan stabil dari segi politik dan ekonominya.
 
Kita lihat peristiwa di Makasar Indonesia sebagai contoh. Ketegangan antara kaum tiba-tiba memuncak kerana ketidakstabilan politik ketika itu dan ditambah dengan kenaikan mendadak bahan api. Kehidupan satu puak yang sememangnya terhimpit dan dihimpit lagi dengan keadaan politik dan ekonomi yang teruk menyebabkan mereka menyalahkan kaum lain. Maka tercetuslah perbalahan antara kaum. Hilanglah perpaduan.

Kerajaan tidak harus sekadar menafikan soal polarisasi kaum tetapi sebaliknya memikirkan langkah seterusnya bagi memulihkan keadaan dari segi politik, ekonominya dan sosialnya.

Pembangkang juga memainkan peranan penting dalam berlakuknya polarisasi kaum dinegara ini.
 
PAS tidak pernah memikirkan soal perpaduan selain dari menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Mereka menutup mata seolah-olah tidak sedar bahawa pecahan kaum dinegara ini hampir 50 - 50 diantara melayu dan kaum lain.

Kerajaan Nafi Malaysia Hadapi Masalah Polarisasi Kaum Yang Semakin Buruk
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kerajaan hari ini menafikan dakwaan parti pembangkang kononnya Malaysia kini menghadapi masalah polarisasi kaum yang semakin buruk.
Baca seterusnya... | Ulasan?
Pembaziran Wang Rakyat - Pembatalan projek landasan berkembar dan elektrifikasi keretapi.
Posted by kamaluddin on Tuesday, June 24, 2008 @ 11:56:29 EDT (80 reads)
 

Aku pernah menulis mengenai perkara ini 3 tahun yang lalu kerana menyampah bila Abdulah membatalkan pembinaan landasan berkembar Ipoh - Padang Besar. Dan aku faham perasaan Tun yang ingin melihat kemajuan.

Penangguhan dan ketiadaan projek pembangunan untuk kemudahan rakyat menyebabkan rakyat mula berfikir kembali untuk menyokong parti pemerintah. Ini terbukti dalam setiap ceramah oleh pembangkang mereka bercakap soal pembangunan dan penjanaan ekonomi.

Berita ini aku ambil dari laman web http://chedet.com

Malaysia mempunyai salah satu rangkaian lebuhraya yang terluas di Asia Tenggara.

Tetapi jalanraya masih lagi sesak, tidak dapat menampung keperluan jumlah kereta yang sering bertambah. 

Terlalu banyak kenderaan berat seperti lori kontena dan pengangkut kenderaan menggunakan jalanraya menyebabkan kesesakan. Bilangannya bertambah dan jumlah kontena dari Selatan Thai juga menyumbang kepada kesesakan.

Dimana landasan rel berkembar dan keretapi elektrik diperkenalkan, ianya menjadi begitu popular.

Pemilik kenderaan individu akan meletak kenderaan mereka di stesen komuter untuk berulang-alik ke tempat kerja. Ini melegakan kesesakan jalanraya.

Kita tidak ada pengguna yang ramai untuk keretapi laju tetapi landasan berkembar dan penggunaan keretapi elektrik dapat meningkatkan perkhidmatan dan kelajuan sejajar dengan keperluan kita. Di dalam masa akan datang keretapi akan menjadi lebih popular apabila kesesakan jalanraya bertambah dan perjalanan kenderaan jalanraya menjadi terlalu sibuk. Setiap tahun kira-kira setengah juta kenderaan baru didaftarkan.

Baca seterusnya... | Ulasan?
Pemimpin bebas gantung diajak bantu martabatkan UMNO
Posted by kamaluddin on Tuesday, June 24, 2008 @ 05:41:19 EDT (52 reads)
 

Jangan lupa zikir hadhari "KAMI SOKONG" 99 kali 7 kali sehari. Takut nanti TERgantung lagi.
Martabatkan Abdullah dan Keluarga


Pemimpin bebas gantung diajak bantu martabatkan UMNO
KUALA LUMPUR 23 Jun - Kehadiran beberapa pemimpin berpengalaman yang kembali semula ke dalam UMNO setelah menjalani tempoh penggantungan amat dialu-alukan bagi tujuan mengukuhkan lagi kedudukan parti.

Isa Samad layak bertanding
KUALA LUMPUR 23 Jun – Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Samad yang tamat tempoh penggantungan keahliannya berkuat kuasa hari ini, layak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti Disember ini.
Ulasan?
Calon pemilihan UMNO ditegah hadir kenduri, guna pelobi
Posted by kamaluddin on Tuesday, June 24, 2008 @ 05:37:54 EDT (43 reads)
 

Dah banyak kali aku hadhir kenduri yang sebenarnya kempen. Ingatkan nak pergi tahlil dan yang utamanya nak makan masakan istimewa orang tempatan, rupanya ada agenda lain.

Ada calon Timbalan Ketua (sekarang ini Ketua Pemuda)  hadhir sama dan yang lain tu calun-calun yang nak bertanding berbagai jawatan. Aku nak bertanding juga tapi tak terfikir itu cara untuk memperkenalkan diri. Mempersendakan kenduri tahlil.

Gelojohlah lah mamat Ketua Pemuda tu nak naik cepat. InsyaAllah tergolek lah tu.

Calon pemilihan UMNO ditegah hadir kenduri, guna pelobi
PUTRAJAYA 23 Jun – Berkuat kuasa bulan depan, calon-calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO ditegah menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi bagi mengelakkan risiko digantung keahlian dan dipecat daripada parti.
Ulasan?
Tkziah untuk keluarga Eric Chia
Posted by kamaluddin on Tuesday, June 24, 2008 @ 05:29:45 EDT (57 reads)
 

SUNGAI PETANI 24 Jun – Ahli perniagaan yang pernah menggemparkan negara berhubung kes penyelewengan Perwaja Steel, Tan Sri Eric Chia Eng Hock, meninggal dunia di hotel miliknya di sini pagi ini.... Berita Penuh
Ulasan?
Penggantungan keahlian UMNO Isa Samad berakhir hari ini
Posted by kamaluddin on Monday, June 23, 2008 @ 06:32:37 EDT (78 reads)
 

KUALA LUMPUR 23 Jun – Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad hari ini secara rasmi tamat tempoh penggantungan keahliannya dalam parti itu.

Surat memaklumkan berakhirnya tempoh itu yang berkuat kuasa 23 Jun 2008 dihantar kepadanya oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Jumaat lalu.

Mohd. Isa yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mengetahui reaksinya berkata:

“Saya tersenyum, saya tersenyum... itulah reaksi saya apabila dapat surat itu.

“Dari dulu saya tidak pernah dipecat (keahlian UMNO), saya cuma digantung dan hilang hak sebagai ahli.

Baca seterusnya... | Ulasan?
malysia dah jadi gila
Posted by kamaluddin on (41 reads)

Pengunjung writes "askum....mintak maaf kite nie nak tumpang ckit ja pendapat kite ni.apa dah jadi dgn pemerintahan skrang........dimana kerajaan yang berfikiran bijak....ape ke bodo orang skrang...oittttttttt...............korang nak makan ayam selesema burung ker???????????yang kuat makan ayam tu kurang2 kan la.............pasal minyak kite x berkira sangat...mmg lah skrang satu dunia minyak naik...xp jagn jadi bodo dgn banding kan dgn negara lain...matawang dia lain..................mintak maaf lah terkasaR bahasa cikit....aku dah lama peram benda nie....kenapa pak lah x macam pemerintah lama???????????dia 2 makan,makan gak duit xp x abai kan rakyat xp skarang???......apa dah jadi?sekarang malaysia dah kucar kacir....apa dah jadi.........................mujur lah rakyat malaysia x wat tunjuk perasaan...xp dalam diam2 itu semua jadi tekanan tau....ramai dah rakyat malaysia bunuh diri...bayang masalah gamaknya....mintak maaf lah...saya nie budak baru belajar kalu salh tolong tunjuk kan..ade ade terkasar bahasa 2 adat lah....hm....sape lah saya nak kalu nak di banding kan dengan kerajaan..mau2 kene tangkap saya nie...mintak maaf lah kalu teraSA EAK...

Contributed by Pengunjung on Sunday, June 22, 2008 @ 00:53:10 EDT"


Ulasan?
Old Articles

Saturday, June 21, 2008
· Pos Malaysia jelaskan RM437.23 juta rehat tunai bahan api
· Minyak: Protes PKR S'gor gagal
· Undi tidak percaya: Presiden SAPP nafi Anwar tawar jawatan TPM
· BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
· Kembalikan demokrasi dalam UMNO untuk elak ahli memilih Pembangkang kerana kecewa
· Zaid Dan Kerajaan Perlu Bersedia Bertanggungjawab Sekiranya Pindaan Semula Artikel 121 Bawa Kesan Buruk
Friday, June 20, 2008
· Jenama Islam Hadhari telah beri kesan negatif!
· Jalannya berlubang-lubang - Lubangnya berjalan-jalan
· Ex-gratia atau rasuah?
· Apa yang KJ merepek ni
· Peralihan Kuasa Abdullah Najib - Abdullah bakal menipu lagi
· Tolong Jangan Musnahkan Badan Kehakiman, Kata Tun Salleh
· Saya Anggap Tawaran Jawatan Senator, Wakil Khas BIMP-EAGA Sogokan Politik, Kata Yong
· Tindakan Siasat Oleh BPR Satu Ugutan Supaya Sapp Berkompromi, Kata Yong
· Isu SAPP: BPR sedia siasat jika ada unsur rasuah
· Dr M's words will drive Indians away from BN, says Palanivel
Thursday, June 19, 2008
· Usul tidak percaya tidak akan jatuhkan PM - Mahathir
· Dr. M nafi ugut pecat hakim
· Yang kena tampar kata tiada tindakan
· Dewan Tertinggi BN kutuk kenyataan Teck Lee
Wednesday, June 18, 2008
· Siapa yang tamak sebenarnya?
· Mengapa tidak di batalkan saja
· Kenyataan orang tidak tahu prosedur Parlimen - Nazri
· Usul tidak percaya terhadap PM
· SAPP isytihar hilang kepercayaan kepimpinan Abdullah
Monday, June 16, 2008
· Rakyat Mulai Faham Langkah Kerajaan Naikkan Harga Minyak - Shabery
Sunday, June 15, 2008
· Khairy: Let Petronas’ accounts be made public
· ‘Laser mouths’ leave minister speechless
Wednesday, June 04, 2008
· Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini
Sunday, May 25, 2008
· Implikasi kes ICJ terhadap negara & Johor pada masa hadapan
Saturday, May 24, 2008
· UMNO sudah pun hancur?
Friday, May 23, 2008
· Pulau Batu Putih
Wednesday, May 21, 2008
· Kenapa Pak Lah Takut Berhenti?
· Pak Lah Berlindung Di Sebalik Suruhanjaya
Monday, May 19, 2008
· Tun Mahathir keluar UMNO
Sunday, April 27, 2008
· Hishammuddin Hussein memohon maaf berhubung isu menghunus keris Panca Warisan
Saturday, April 12, 2008
· Pilih lah akuuuu Pulihkan Parti kuuu
Friday, April 11, 2008
· Muhyiddin kata, Abdullah akan bincang dengan Najib mengenai peralihan kuasa
· Tun Salleh Abas, Scomi dan Kisah Anak Menantu
· Apakah Wujud Konspirasi Memusnahkan UMNO?
Monday, April 07, 2008
· Cadangan drastik Johor "ubat" pulihkah Umno
· Mesmerised by Mahathir magic
· Shabery yang pernah menghancurkan UMNO bersuara
· Pemimpin Umno diminta hentikan perbuatan menunding jari
· Ku Li kena cermin diri dulu
· Projek Ternakan Babi Di Sepang Perlu Dikaji Semula, Kata Zin
· Kempen anti-PM ke seluruh negara
Sunday, April 06, 2008
· Jawapan Tun Dr Mhathir terhadap Pak Lah
· ‘Saya akan terus bersuara’
· Dr. Mahathir bantu rosakkan UMNO - PM

Older Articles

 
Undur!
"WE LOST OUR PRIDE THE DAY Tun Dr. Mahathir RESIGNED"

Jelas faktor pak LAH sekali lagi memainkan peranan dalam pilihanraya.

Cuma kali ini, agak berbeza dengan 2004. Jika 2004 faktor 'tiada saLAH', 2008 faktor 'banyak saLAH'.

"Penderhakaan' terhadap Tun Mahathir juga sedikit sebanyak membawa bala kepada bn. Jadi diharap pak
LAH faham akan mesej yang cuba rakyat sampaikan.

Rakyat dah begitu jelak dengan amalan kronisme dan nepotisme hadhari pak
LAH. 'Sepanas-panas' zaman reformasi bn hanya terlepas Terengganu.

Jelas rakyat menolak kerajaan tiga beranak. Seharusnya pak lah mengundur diri sebagai memikul kegagalan mempertahankan Pulau Pinang dan Kedah serta 'dibelasah' teruk di Kelantan.

Jadi, faham-faham
LAH...undurLAH...kalau tak faham...boleh bLAH.!

Rakyat Sudah Bersuara!

Maklumat
· Majlis Penerangan isu Tun Dr Mahathir
· Surat Terbuka Kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah
· Bill Of Guarantees MSC 1996
· Budget 2007
· Blogger pembohong?
· Ucapan YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad di Majlis Anjuran Prihatin Malaysia
· Soal Jawab di Majlis Anjuran Prihatin Malaysia
· Surat Mukhriz kepada Abdullah Ahmad Badawi
· Zionis menyokong Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Malaysia Akan Datang?
· Mahathir - Anwar : Siapa Benar?
Pengunjung
Your IP: 38.103.63.17

Welcome, Pengunjung
Nickname
Password

· Register
· Lost Password
Server Date/Time
23 July 2008 19:21:24 EDT (GMT -4)
Bloggers United

Waktu Solat
Waktu Solah
Kuala Lumpur

19 Rejab 1429
Subuh 5:50 AM
Syuruk7:11 AM
Zohor 1:23 PM
Asar 4:45 PM
Maghrib 7:28 PM
Isyak8:42 PM

Undilah Mereka

Say NO to IPCMC

Menu Kategori
· All Categories
· Banjir di Johor
· Berita
· Berita Dalam Negara
· Berita Tempatan
· Catatan Peribadi
· Dilihat & Didengar
· Luahan Perasaan
· Pandangan TDM
· Pemimpin Negara
· Penemuan Terkini
· Petikan Internet
· PRK Batu Talam
· PRK Machap-Melaka
· Web Lucah
Bloggers