Bot Karam Di Matu Daro: Suami tenggelam di depan mata – Isteri

- Sunday: 2014-01-19 15:49:12'.

bot-karam-daro-mangsa-1 bot-karam-daro-mangsa-2 bot-karam-daro-mangsa-3

DARO  – Perasaan sedih tidak digambarkan apabila hanya dapat menyaksikan di depan mata senduri suaminya tenggelam ketika tragedi bot panjang karam di sini semalam.

Suraida Busnu, 52, berkata, suaminya, Madni Hakimi,54, sebelum kejadian itu sebenarnya beliau tidak mahu mengikuti rombongan semalam.

“Saya sempat berpaut pada sebuah tong bersama empat lagi rakan, tetapi apabila saya mengajak suami berpaut sama dia enggan,” katanya ketika ditemui di Hospital Daro di sini hari ini.

Sementara itu seorang mangsa, Ripi Dalol, 60, yang masih belum ditemui. dilaorkan memberikan pesanan terakhir kepada anak beliau.

“Kerja bagus-bagus, jaga anak-anak dan isteri dengan baik,”

Anak mangsa, Madihi Ripi, 30, ketika ditemui berkata, pesanan yang disampaikan sehari sebelum tragedi karam itu, masih terngiang-ngiang diingatannya.

Katanya, beliau hanya mengetahui setibanya di tempat kejadian bahawa bapanya salah seorang mangsa bot karam itu.

Mangsa yang terselamat bersama 3 jenazah yang ditemui petang semalam di terbangkan menggunakan helikopter kekampong mereka di Kampong Tekajong.

 

 

Print Friendly
Posted by on Sunday: 2014-01-19 15:49. Filed under :: BLOG ::, BORNEO, SARAWAK. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry
Komentar

Arkib

Ajax spinner
Log in | Designed by Kamaluddin