Bot Karam Batang Lassa: Jeritan sebelum karam

- Sunday: 2014-01-19 11:08:48'.
MAYAT mangsa dibawa ke surau sebelum dibawa ke Hospital Daro.

MAYAT mangsa dibawa ke surau sebelum dibawa ke Hospital Daro.

Daro: “Saya terpaksa berenang kira-kira satu jam meredah ombak kuat untuk sampai ke darat sebaik bot panjang itu terbalik,” kata Helmi Julai 45, seorang daripada 27 mangsa bot karam di Muara Lassa, berhampiran Kampung Kut, Daro, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada 1.40 petang itu, bot panjang yang dinaiki 27 penumpang itu karam selepas dipukul ombak.

Tujuh belas penumpang terselamat, tujuh masih hilang dengan tiga disahkan lemas. Naibi Saibi iaitu yang terakhir disahkan selamat sebelum operasi dihentikan ditemui berhampiran lokasi kejadian kira-kira 8 malam tadi.

Helmi berkata, bot yang dinaiki mereka tenggelam sebaik dimasuki air dan ketika itu bot sudah menghampiri muara Lassa.

“Kejadian berlaku dengan pantas dan kami tidak sempat berbuat apa-apa, masing-masing cuba menyelamatkan diri.

“Saya sempat mendengar jeritan penumpang lain sebelum mereka hilang dari pandangan,” katanya ketika ditemui.

Helmi berkata, rombongan itu dalam perjanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saai.

Katanya, mereka memilih untuk menggunakan bot panjang kerana cuaca baik pada sebelah pagi.

Bot yang karam hampir serupa dengan bot didalam gambar

Bot yang karam hampir serupa dengan bot didalam gambar

“Kami tak sangka kejadian ini boleh berlaku. Saya bersyukur kerana terselamat tetapi bersedih atas kehilangan rakan lain yang masih belum diketahui nasib mereka,” katanya.

Junai Sepot, 60, isteri kepada Riji Dalol, 60, seorang daripada mangsa yang masih hilang berkata, kali terakhir suaminya menghubunginya satu jam sebelum kejadian.

Menurutnya, sebaik mengetahui kejadian itu dia cuba menghubungi suaminya tetapi gagal.

“Dia berpesan supaya saya jaga diri baik-baik dan dia akan pulang sebaik majlis tamat. Sehingga kira-kira 6 petang, tiada khhbar mengenainya dan saya berharap dia masih hidup,” katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata 15 penumpang berjaya diselamatkan dalam kejadian itu.

Beliau berkata, bot berkenaan dipercayai terbalik selepas dipukul gelombang besar berhampiran Kampung Kut, Pulau Bruit, Daro.

Ketika kejadian, bot panjang berkenaan membawa 27 penumpang dari Kampung Tekajong yang dalam perjalanan balik selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saie.

“Bot panjang berkenaan adalah milik persendirian membawa penumpang dari Kampung Tekajong dan Kampung Saei di Pulau Bruit,” katanya.

Mangsa hilang
1. Borhan Berdan
2. Riji Dalol
3. Mahdani Akim
4. Abu Bakar Mahli
5. Ta Hasim
6. Ebong
7. Nor Roslin

Mangsa lemas
1. Melati Jerah, 51
2. Sekiah Kifli, 49
3. Merah Murni, 55

Mangsa selamat
1. Anthony Bahari
2. Habibah Yunus
3. Naidi Saibi
4. Jusni Pandi
5. Raidah Pandi
6. Median Wasli
7. Aiman Sepawi
8. Suraidah Busnu
9. Melajim Akim
10. Jebat Busnu
11. Saamah Drahman
12. Ija Iteli
13. Marina Gusti
14. Slmah Rapli
15. Manja Wahi
16. Mah
17. Naibi Saibi (ditenui selamat jam 8 malam)

Kronologi Kejadian Bot Karam Daro

5 pagi: Bertolak dari Kampung Tekajong.

7 pagi: Tiba di kampung Saai untuk menghadiri majlis perkahwinan.

12.45 tengah hari: Berangkat pulang ke Kampung Tekajong.

1.40 petang: Karam

3.35 petang: Tiga mayat ditemui

..

 

Antara mangsa yang terselamat

Antara mangsa yang terselamat

Keluarga mangsa meunggu berita terkini kerja operasi mencari dan menyelamat di Jeti Daro

Keluarga mangsa meunggu berita terkini kerja operasi mencari dan menyelamat di Jeti Daro

Suasana di Hospital Daro di penuhi kaum keluarga mangsa tragedi bot kaam

Suasana di Hospital Daro di penuhi kaum keluarga mangsa tragedi bot kaam

Pasukan mencari dan menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat

Pasukan mencari dan menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat

Abdullah Haji Saidol ADU SEMOP melawat ketempat kejadian

Abdullah Haji Saidol ADU SEMOP melawat ketempat kejadian

 

Print Friendly
Print Friendly
Posted by on Sunday: 2014-01-19 11:08. Filed under :: BLOG ::, BORNEO, SARAWAK. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry
Komentar

Arkib

#PRAYFORMH370
Ajax spinner
Log in | Designed by Kamaluddin