Tanah runtuh di Kundasang: Warga emas dipercayai tertimbus

- Wednesday: 2013-07-17 00:52:37'.
PASUKAN penyelamat bersama penduduk kampung melakukan kerja mencari dan menyelamat warga emas, Dahumi Kinte yang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kampung Mesilau, Kundasang, Sabah

PASUKAN penyelamat bersama penduduk kampung melakukan kerja mencari dan menyelamat warga emas, Dahumi Kinte yang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kampung Mesilau, Kundasang, Sabah

RANAU 16 Julai – Seorang wanita warga emas berusia 70-an dipercayai terperangkap dalam runtuhan tanah sedalam kira-kira lima hingga 10 meter di Kampung Mesilau dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Supritendan Abd. Rahman Kassim berkata, mangsa, Dahumi Kinte dipercayai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh pukul 10.45 pagi itu ketika pergi memetik hasil tanaman di tanah tinggi tersebut.

Katanya, ahli keluarga mangsa mengesahkan Dahumi berada di sekitar pondok miliknya di kawasan tanah runtuh yang terletak di lereng kaki Gunung Kinabalu dengan tanah runtuh dianggarkan seluas 1.2 hektar.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa terpaksa diberhentikan pada pukul 5.15 petang ini kerana cuaca semakin gelap. Namun operasi akan bersambung kembali esok pagi menggunakan jentolak,” katanya yang ditemui di tempat

Mengulas lanjut, Abd. Rahman berkata, hujan lebat dan ribut kuat yang berlaku sejak dari malam tadi dipercayai menjadi penyebab utama kepada kejadian tanah runtuh di kawasan bercerun tersebut.

Menurutnya, tanah beralun dari kawasan tinggi telah dibawa air hujan lebat dan menuju ke kawasan tempat mangsa yang dianggarkan terletak sejauh 500 meter.

Tambahnya, kejadian itu menyebab laluan dari kawasan kejadian ke Pusat Latihan Islam Kundasang dan Kelab Golf Mesilau terputus, selain tempat kejadian pada awalnya dipenuhi dengan air bertakung.

Print Friendly
Print Friendly
Posted by on Wednesday: 2013-07-17 00:52. Filed under :: BLOG ::, BORNEO, SABAH. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry
Komentar

Arkib

#PRAYFORMH370
Ajax spinner
Log in | Designed by Kamaluddin