Lelaki India Kena Tetak Berhampiran Stesyen Minyak Shell Batang Kali (video)

- Saturday: 2013-07-06 03:39:36'.
lelaki-india-mati-di-tetak-batang-kali

HULU SEELANGOR – Seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan kongsi gelap maut selepas diserang dan ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki bertopeng di sebuah stesen minyak di Batang Kali di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, N. Sangar, 33, atau lebih dikenali sebagai Sangker cedera parah akibat ditetak di belakang kepala dan putus tangan kiri selain beberapa kecederaan di bahagian lengan.

Menurut jurucakap polis, ketika kejadian, mangsa berada di pusat cuci kenderaan sebelum muncul lima hingga tujuh lelaki bertopeng yang menaiki tiga buah kereta jenis Honda Civic, Proton Persona dan Proton Saga lalu menyerang mangsa.

“Mangsa melarikan diri ke kawasan stesen minyak berdekatan namun kesemua suspek mengejar lalu menyerang dan menetaknya. Suspek kemudian melarikan diri dipercayai menuju ke arah jalan lama,” katanya di sini hari ini.

Pergaduhan dipercayai kerana dendam diantara 2 kumpulan gangster, kumpulan Gobi(08) Kalumpang, Selangor dan Kumpulan Santhana(36) juga dari Kalumpang.

Pihak Polis sedang mencari mereka yang dipercayai boleh membantu siasatan dalam insiden pergaduhan tersebut :

SARAVANAN A/L CHANDRA SEKARAN.
ANBALAGAN A/L NADARAJAN.
THANA THIRU KUMARAN A/L PRUMAL.
SANTHANA.
GOBI.
SASI.
SOBI.
TIRU.

Orang ramai yang mempnyai maklumat mengenai kejadian tersebut atau mengetahui dimana suspek berada boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu atau melalui talian 03-60641222

 

 

Print Friendly
Posted by on Saturday: 2013-07-06 03:39. Filed under :: BLOG ::, ARTIKEL PILIHAN, BERITA, Jenayah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry
Komentar

Arkib

Ajax spinner
Log in | Designed by Kamaluddin