Empat Maut Dalam Kemalangan Di MRR2

- Monday: 2013-05-20 02:39:44'.

kemalangan-maut-satria-viva-swift-MRR2

Sepasang suami-isteri dan dua saudara mereka maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bukit Antarabangsa, di sini Ahad.

Mereka yang maut ialah Hasbullah Abdul Ghani, 26, dan isteri Nurul Intan Syahida, 22, serta dua sepupu isteri pemandu kereta itu, Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22.

“Kemalangan itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal dan kesemua mangsa mati di tempat kejadian,” kata jurucakap polis trafik.

Beliau berkata dalam kemalangan pada pukul 5.30 petang itu, kereta Perodua Viva yang dipandu Hasbullah dilanggar sebuah kereta Proton Satria yang terbabas sebelum sekali lagi dilanggar sebuah kereta lain.

Kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa dipercayai mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang itu terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang dan melanggar kereta Perodua Viva.

Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya.

Seorang penunggang motosikal yang turut terlibat dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang.

Print Friendly
Posted by on Monday: 2013-05-20 02:39. Filed under :: BLOG ::, BERITA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry
Komentar

Arkib

Ajax spinner
Log in | Designed by Kamaluddin